Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden Iran dalam sidang media bersama Syeikh al-Azhar semalam menceritakan hasil kemajuan dalam perhubungan antara Mesir-Iran dan dialog beliau bersama Dr. Muhammad Morsi.
Tambah Mahmoud Ahmadinejad, pandangan Iran-Mesir adalah identik. Beliau juga menyatakan harapan agar lawatannya ini bakal mencetuskan kekuatan baru bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara. Selain itu pendirian rakyat kedua-dua negara ini bakal mewujudkan keamanan di rantau tersebut dan seluruh dunia.
Syeikh al-Azhar pula menyambut kedatangan beliau dengan mesra sambil menyatakan pihaknya menolak sebarang prasangka buruk terhadap Iran.

Presiden Iran Dr. Ahmad Tayyib turut memuji peranan al-Azhar selama seribu tahun yang lampau dab berkata, "Betapa pentingnya kita bekerjasama dalam perpaduan Islam, sementara itu ulama di Najaf memang sudah bersedia menjawab sebarang permasalahan yang ingin diajukan Syeikh al-Azhar."

Selain itu Ahmadinejad turut menyeru kerjasama ulama al-Azhar dengan ulama Syiah untuk mencapai matlamat pendekatan antara mazhab Ahlusunnah dan Syiah sambil menerangkannya kepada masyarakat. Beliau turut menegaskan bahawa tiada perbezaan antara Syiah dan Sunni.

Ahmadinejad; Barangsiapa yang menghina sahabat Nabi, maka dia adalah ejen asing
Dr. Mahmoud Ahmadinejad berkata, "Saya dapat merasakan bahawa diri saya duduk di kalangan ulama besar yang mempunyai pemikiran tentang hakikat perjalanan dan ajaran Nabi (s.a.w), perdamaian dan keamanan untuk seluruh manusia."
Dalam menjawab perkara berkaitan dengan perselisihan mazhab yang dibangkitkan oleh beberapa ulama al-Azhar, Mahmoud Ahmadinejad berkata, "Apa yang penting sekarang ialah hendaklah kita memberikan definisi yang jelas tentang perpaduan, kesetiakawanan, misi bersama. Perkara ini mempunyai kriteria yang amat penting di mana ia aladah peluang untuk tidak membiarkan perbezaan furu' itu terpendam begitu sahaja."
Sambil menerangkan terdapat beberapa masalah, kelemahan dan bantahan untuk mewujudkan perselisihan di kalangan umat Islam, Dr. Ahmadinejad berkata, "Apa yang perlu diambil berat oleh para ulama ialah berusaha menyingkirkan permasalahan-permasalahan masyakat sehingga ke wilayah pendalaman.
"Untuk sampai ke arah wahdat Ilahi, hendaklah kita benar-benar perkenalkan misi bersama dan kita perlu tahu haluan perpaduan menuju ke arah mana."
"Saya percaya perpaduan hendaklah dilakukan dalam rangka melaksanakan kewajipan agama, memperbaharui keadaan semasa masyarakat dan mencerahkan masa depan. Kita pasti segera sampai ke arah perpaduan dengan memberikan fokus terhadap misi dan tanggungjawab masa depan."
Presiden menceritakan bahawa Nabi (s.a.w) dibangkitkan untuk memperbaharui dunia, menghidupkan kemanusiaan, meletakkan tauhid di kalangan masyarakat dan membasmi kezaliman supaya manusia terselamat dari kejahilan dan khurafat, selain mengubah perseteruan kepada persaudaraan. Tambah Presiden Iran lagi, "Kita perlu berganding tangan dalam usaha merealisasikan semua misi bersama kita hari ini.
"Tidak seorangpun yang boleh mendakwa hakikat kehidupan Nabi (s.a.w) terealisasi dalam kehidupannya, sehinggakan kitab Allah di tangan umat Islam menjadi usang dan hakikat agama tidak menjadi realiti dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan sekiranya kita memahami agama dengan betul maka keadaan umat di zaman sekarang tidaklah menjadi seperti ini.
Presiden Iran mengingatkan betapa pentingnya bekerjasama sehingga kita mengenali dengan lebih dekat tentang Nabi (s.a.w) dan kitab Allah. Tegas beliau lagi, "Nabi (s.a.w) merupakan penutup para nabi yang menawarkan agama sempurna kepada manusia, dan kita percaya bahawa agama Islam bukanlah sekadar untuk kaum muslimin semata-mata, bahkan ianya untuk seluruh manusia. Nabi Islam (s.a.w) disebut sebagai rahmat untuk seluruh alam, baginda datang untuk menyelamatkan manusia."
Tambahnya lagi, "Meskipun begitu memang ada insan jahil yang hadir di tengah-tengah masyarakat dan berusaha membuat provokasi untuk perselisihan di kalangan umat Islam."
Presiden menerangkan, "Kerana itu hakikat agama belum terealisasi dan menjadi aturan dalam masyarakat. Selain itu keadaan masyarakat manusia bertambah buruk, ini menyebabkan misi bersama kita menjadi amat berat."
"Saya amat menghormati ulama dan pensyarah Universiti al-Azhar, saya tahu seluruh usia mereka habiskan untuk mempromosikan ajaran Nabi (s.a.w). Saya percaya hakikat Nabi (s.a.w) terlalu besar sehinggga tidak seorangpun berhak mengutamakan dirinya daripada orang lain dan terlalu bersikap fanatik.
"Hendaklah kita saling bantu membantu dan berusaha memperkenalkan Nabi (s.a.w) dan peraturan kepada umat manusia."
Dr. Ahmadinejad menegaskan bahawa keperihatinan terhadap perpaduan lebih besar tanggungjawabnya berbanding menyingkirkan perselisihan mazhab di antara Sunni dan Syiah. Kata beliau lagi, "Semua umat Islam hendaklah bersatu seperti biasa dengan satu Tuhan, Nabi, kitab dan kiblat yang sama-sama mereka miliki yang mana mereka hendaklah mengetahui nikmat ini di samping memanfaatkan sabda-sabda Nabi (s.a.w) untuk membaiki dunia. Ini disebabkan kuasa angkuh dunia memusuhi semua umat Islam samada Syiah atau Sunni, dengan memperkenalkan Islam sebagai agama keganasan. Selain memusuhi agama dan kitab Allah, mereka tidak mahu umat Islam seperti bangsa Iran dan Mesir menjadi kuat di dunia dan memperkenalkan nama Nabi (s.a.w) ke seluruh alam semesta."